Malaysian Tigress harungi enam aksi persahabatan di Perth

Malaysian Tigress akan mengadakan aksi persahabatan menantang pasukan negeri dan kelab di Australia. Foto Facebook KHM.
Malaysian Tigress akan mengadakan aksi persahabatan menantang pasukan negeri dan kelab di Australia. Foto Facebook KHM.
A
A
A

SKUAD hoki wanita kebangsaan akan menempuh enam aksi dalam siri jelajah perlawanan persahabatan menentang pasukan negeri dan kelab Australia di Perth, bermula 6 hingga 18 Ogos ini.

Siri jelajah itu merupakan antara medan persediaan Malaysian Tigress bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim, sebelum menghadapi cabaran getir di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, September ini.

"Perlawanan persahabatan ini juga, kami akan guna bagi meningkatkan lagi keserasian dalam kalangan pemain serta ruang untuk pemain lebih memahami taktikal yang diterapkan oleh pasukan. Salah satu lawan kami ialah Perth Thundersticks iaitu pasukan negeri dan menyertai liga tertinggi Australia.

"Selain itu pasukan ini (Perth Thundersticks), turut mempunyai barisan pemain dalam skuad latihan kebangsaan, serta memiliki bekas pemain kebangsaan senior dan remaja Australia," kata Nasihin Nubli dalam kenyataan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) pada Jumaat.

Beliau berkata enam pemain remaja yang beraksi di Piala Remaja Asia di Jepun pada Mei lepas, turut dibawa ke Perth bagi memberi mereka peluang membuktikan kemampuan, untuk meneruskan kesinambungan pola pemain skuad kebangsaan.

"Pemain berusia 20 tahun, Anith Humaira akan membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan," katanya.

Di Perth, skuad kebangsaan akan menentang Perth Thundersticks sebanyak empat kali iaitu pada 7, 9, 11 dan 13 Ogos, diikuti aksi berdepan Warrick (14 Ogos), sebelum menamatkan siri jelajah itu bertemu Freo pada 16 Ogos. - Bernama

Berikut senarai 19 pemain skuad wanita kebangsaan ke siri jelajah perlawanan persahabatan di Perth:

Mashitah Ab Khalid

Siti Zalia Nasir

Nur Hazlinda Zainal Abidin

Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin

Dayang Nuramirah Abang Mahadani

Anith Humaira Baharudin

Nur Nabila Alia Yussaini

Nurul Fatin Fatiah Azman

Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad

Nur Insyirah Effarizal

Wan Norfaiezah Saiuti

Juliani Mohamad Din (Kapten)

Fatin Shafika Mahd Sukri

Nuramirah Shakirah Zulkifli

Siti Nur Arfah Mohd Nor

Nur Afiqah Syahzani Azhar

Hanis Nadiah Onn

Nur Atira Mohamad Ismail

Siti Zulaikha Husain