Saluran paip Petronas Sabah Sarawak Gas terbakar pada awal pagi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

LAWAS – Saluran paip Sabah Sarawak Gas di sini terbakar pada awal pagi tadi.

Bahagian Komunikasi Strategik Penglibatan Media Kumpulan Petronas berkata pasukan respons kecemasan telah digerakkan untuk mengawal kebakaran tersebut yang berlaku pada 1.08 pagi dan api berjaya dipadamkan pada 2.38 pagi.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” menurut kenyataan Petronas hari ini.

Menurut Petronas semua pihak berkaitan sudah dimaklumkan dan siasatan terhadap kejadian itu sedang dijalankan.

“Petronas akan sentiasa melibatkan masyarakat setempat berhampiran kawasan kebakaran itu bagi menyalurkan maklumat serta perkembangan terkini,” tambah kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: