Saya tidak kecil hati - Dominic

Dominic edar risalah kepada pengundi di Kampung Bagan, Teluk Kumbar ketika siri jelajah mesra sempena PRN pada Khamis.
Dominic edar risalah kepada pengundi di Kampung Bagan, Teluk Kumbar ketika siri jelajah mesra sempena PRN pada Khamis.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai tidak berkecil hati dengan apa yang berlaku pada Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Best di Jalan Permatang Sungai Dua pada 1 Ogos lalu.

Beliau yang juga Pengerusi PN Pulau Pinang berkata, kejadian berkenaan dianggap biasa dalam politik malah beliau tidak mahu mengambil perkara itu terlalu serius.

"Tak ada lah (kecil hati). Bagi saya kejadian itu adalah perkara kedua, yang penting adalah bagaimana nak dapatkan keyakinan rakyat untuk membolehkan PN menang.

"Jika ada yang kata kejadian tersebut menunjukkan hubungan parti komponen PN tidak baik, itu tidak benar.

"Bagi saya, masing-masing tahu peranan mereka iaitu memastikan kemenangan berpihak kepada PN, bukan saja di Pulau Pinang malah keenam-enam negeri yang menghadapi pilihan raya negeri (PRN)," katanya ketika ditemui di Kampung Bagan, Teluk Kumbar di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kejadian itu juga tidak menjejaskan reputasinya sebagai Presiden Gerakan dan Pengerusi PN Pulau Pinang.

"Tidak (jejas reputasi). Saya serahkan kepada mereka untuk membuat sebarang andaian. Bagi saya, semua calon yang bertanding perlu berdepan dengan pelbagai cabaran demi untuk mendapatkan mandat rakyat.

"Dalam politik, apa pun boleh berlaku tetapi itu dianggap biasa apabila kita berpolitik. Saya tidak merasakan apa-apa (dalam kejadian pada malam itu)," katanya lagi.

Dominic yang juga calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas menjelaskan, beliau tidak kisah sekiranya selepas ini tidak dijemput ke mana-mana program anjuran Pas kerana ia merupakan inisiatif parti komponen masing-masing untuk menganjurkan sesebuah aktiviti berkempen.

"Gerakan tiada masalah jika tidak dijemput ke mana-mana program anjuran parti komponen termasuk Pas kerana kita faham, penganjuran program kadang-kadang dibuat mengikut kawasan

"Seperti Ceramah PN Best baru-baru ini, memang calon Bersatu ada di situ tetapi mereka semua adalah calon yang bertanding di kawasan Seberang Perai Utara. Jadi kita faham. Bagi saya, tiada masalah (tidak dijemput)," katanya lagi.

Ditanya sama ada beliau ada berhubung dengan Setiausaha Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim, beliau berkata, sehingga kini, mereka belum sempat berbual walaupun menerusi panggilan telefon kerana sibuk dengan urusan PRN.

"Yang terbaru, tiada (berhubungan). Masing-masing sibuk, saya sibuk berkempen dan beliau sibuk dengan kerja-kerja PRN," jawabnya ringkas.

Sebelum ini, media melaporkan Dominic didakwa dihalang untuk hadir Ceramah Mega PN Best di Sungai Dua.

Ceramah mega itu menampilkan Presiden Pas merangkap Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Pengerusi Perhubungan Bersatu Pulau Pinang merangkap calon PN DUN Penanti, Zulkifli Bakar.

Dilaporkan, Pengerusi PN Pulau Pinang itu diminta untuk meninggalkan majlis kerana dikatakan tidak diundang untuk menyertai program berkenaan.

Dalam pada itu, Iszuree berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai video tular berkenaan.

"Saya tak mahu komen, nanti jadi tular lagi, saya sudah diarahkan oleh Pas Pusat untuk tidak memberikan apa-apa komen lagi, sekarang ini masa kritikal," katanya ketika dihubungi.

Iszuree menambah, beliau juga dinasihatkan oleh Abdul Hadi agar meneruskan perjuangan.

"Saya memantau semua DUN yang bertanding, saya sedang membantu kempen-kempen calon Pas yang bertanding dalam PRN di Pulau Pinang," katanya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

ARTIKEL BERKAITAN: Dominic sah bertanding di DUN Bayan Lepas

Dominic nafi dihalau dari ceramah Pas

Ketepikan hal peribadi, fokus bantu PN menang PRN - Dominic

Dominic akui berlaku salah faham dalam PN Pulau Pinang

Dominic hadir tanpa penyokong Pas

Dominic nafi guna 'kabel' dapatkan kerusi DUN Bayan Lepas

PRN: Dominic bertanding di Bayan Lepas, Pas akui jentera kena sabotaj

'PN tempah musibah jika calonkan Dominic di Bayan Lepas'

Dominic yakin dibantu semua parti komponen termasuk Pas

Pertikaian isu Nik Abduh, Dominic hanya sementara - Ahmad Faizal

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang enggan ulas isu Dominic