Pemandu maut, lori rempuh perpustakaan desa

Keadaan lori terbalik selepas merempuh perpustakaan desa di Lenga Batu 23, siang tadi.
Keadaan lori terbalik selepas merempuh perpustakaan desa di Lenga Batu 23, siang tadi.
A
A
A

MUAR - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah perpustakaan desa di Batu 23, Jalan Lenga-Pagoh, di sini siang tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, dalam kejadian jam 11.47 pagi itu, mangsa Zairudin Ibrahim, 42, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Ketika di tempat kejadian, lori yang membawa muatan pasir dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan sehingga menyebabkan kenderaan itu terbalik.

No Image Caption

“Ia kemudiannya merempuh bahagian tingkap sebuah perpustakaan Desa Lenga. Bagaimanapun semasa kejadian, tiada orang awam berada di dalam perpustakaan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, siasatan mendapati cuaca baik ketika kejadian dan jenis jalan selekoh, dua lorong, mempunyai garisan tengah berkembar dan permukaan jalan adalah kering.

Zaharudin berkata, mayat dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: