Westside Coffee perkenal menu baharu, ‘The Big Brunch’

Wak Doyok turut bersama-sama dalam majlis pelancaran menu baharu Westside Coffee iaitu The Big Brunch, pada Rabu.
Wak Doyok turut bersama-sama dalam majlis pelancaran menu baharu Westside Coffee iaitu The Big Brunch, pada Rabu.
A
A
A

WESTSIDE Coffee memperkenalkan menu baharu yang dinamakan ‘The Big Brunch’ sebagai tanda memperingati hari ulang tahun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang ke-59.

Pengurus Operasi SACC Food Chain Sdn Bhd, Philip Kok berkata, sempena hari istimewa tersebut, Westside Coffee menawarkan harga istimewa sebagai salah satu tanda penghargaan dan sokongan orang ramai terhadap kafe itu.

“Seluruh warga kerja PKNS dan anak syarikat PKNS boleh menikmati The Big Brunch dengan harga RM10 sahaja. Ia merupakan salah satu menu sarapan khas yang disediakan oleh cef berpengalaman.

Philip Kok
Philip Kok

“Menu tersebut menawarkan hidangan pilihan hidangan sarapan yang pelbagai dan membuka selera bermula dengan telur omelet, cendawan berkrim, bacon panggang, kentang dan roti bakar,” katanya ketika ditemui di Westside Coffee pada Rabu.

Menariknya majlis pelancaran menu baharu itu dihadiri ikon fesyen, Wak Doyok yang untuk turut serta dalam mempromosikan menu baharu itu dan hidangan terlaris iaitu ‘Durian Cheesecake’.

Beritahu Philip, The Big Brunch hanya tersedia dijual pada hujung minggu bersama hidangan lain seperti nasi ambeng, western platter, cempedak cheesecake, croissant with chocolate and cream dip dan banyak lagi.

“Menariknya, promosi terkini yang tidak boleh dilepaskan adalah orang ramai boleh menikmati Durian Cheesecake dengan hanya membayar RM1 sahaja.

“Ini merupakan kaedah kami untuk berterima kasih atas sokongan dan kerjasama mereka (pelanggan) selama ini, dengan cara memberikan pengalaman masakan istimewa dan suasana yang menyenangkan,” ujarnya.

Wak Doyok (tengah) bersama-sama petugas Westside Coffee selepas majlis pelancaran menu baharu, The Big Brunch.
Wak Doyok (tengah) bersama-sama petugas Westside Coffee selepas majlis pelancaran menu baharu, The Big Brunch.

Philip berkata lagi, Westside Coffee turut mengadakan promosi bagi The Big Brunch sepanjang bulan kemerdekaan dengan harga RM19.90 sahaja.

Pada masa sama, beliau turut berkongsi pihaknya merancang untuk membuka 14 cawangan Westside Coffee di Shah Alam dan Lembah Klang dalam tempoh empat tahun.

“Pertamanya kami mahu membuka cawangan pertama di Seksyen 16 dan seterusnya diikuti di kawasan lain. Mengikut perancangan, kami bukan sahaja mahu membuka kedai tetapi juga mahu memperluaskan perniagaan melalui kios,” katanya.