‘Jelas ini sogokan untuk beli undi’ - Syed Saddiq

Syed Saddiq - Foto Bernama
Syed Saddiq - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - “Bantuan yang diumumkan di tengah-tengah musim berkempen pilihan raya dengan ‘syarat’ undi mereka, jelas ini sogokan untuk beli undi,” kata Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beritahu Syed Saddiq, beliau tidak mempunyai sebarang masalah jika bantuan mahu disalurkan kepada rakyat tetapi pastikan ia benar.

Tegas Ahli Parlimen Muar itu, perkara yang tidak benar tetap salah dan jangan pernah sesekali normalisasi rasuah.

Sebelum ini, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa memberi sogokan dalam satu majlis dengan mengumumkan peruntukan geran tambahan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), RM250,000 untuk Majlis Belia Negeri Terengganu dan RM200,000 untuk pasukan bermotosikal di negeri berkenaan.

Bagaimanapun, Sinar Harian melaporkan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memberitahu, pemberian geran tersebut bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya agensi berkenaan melihat pemberian itu dari kementerian di peringkat Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Bantuan belia: Zahid selar tuduhan Syed Saddiq

'Ini adalah sogokan' - KJ

'Pemberian geran inisiatif kerajaan, tiada unsur rasuah' - Azam Baki

Ahmad Zahid langgar larangan 3C - Bersih