Dua budak maut dirempuh kereta di Jepun

Dua mangsa dilaporkan cedera parah dalam kemalangan di barat Jepun hari ini.
A
A

TOKYO - JEPUN. Dua kanak-kanak terbunuh manakala 12 lagi cedera selepas sebuah kereta terlibat nahas dengan kenderaan lain merempuh kumpulan budak yang sedang berjalan bersama guru mereka.

Jurucakap polis memaklumkan kejadian itu berlaku di sebuah jalan di Ogaya, bandar Otsu di barat Jepun hari ini.

"Kira-kira 15 kanan-kanak di sebuah nurseri yang pulang daripada lawatan ke tasik berhampiran dirempuh kenderaan itu. Kedua-dua pemandu wanita berusia 62 dan 52 tahun itu telah ditahan," katanya.

Rakaman stesen TV tempatan menunjukkan dua kereta itu berada dalam sudut bertentangan dan beberapa beg mangsa bertaburan di tepi jalan.

Sejak akhir-akhir ini, nahas kereta di negara itu didakwa sering melibatkan pemandu dalam kalangan warga emas.

Bulan lalu, seorang wanita bersama anak perempuannya berusia tiga tahun dilaporkan maut dirempuh kereta dipandu lelaki berusia 87 tahun. - Agensi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia