Sembilan maut dalam letupan di kilang mercun

Sembilan maut dalam kejadian letupan di sebuah kilang mercun di Tamil Nadu selatan India. - Foto thehindu.com
Sembilan maut dalam kejadian letupan di sebuah kilang mercun di Tamil Nadu selatan India. - Foto thehindu.com
A
A
A

NEW DELHI - Sembilan maut dalam kejadian letupan di sebuah kilang mercun di Tamil Nadu selatan India, pada Sabtu.

Kejadian di gudang mercun di daerah Krishnagiri itu dipercayai berpunca daripada silinder gas di sebuah kedai makan yang terletak di bangunan sama meletup, lapor media tempatan.

Pemilik kilang itu, isteri dan dua anak mereka antara yang maut manakala beberapa orang lagi cedera.

Beberapa kediaman dan kedai berhampiran lokasi letupan turut rosak.

Ketua menteri M.K. Stalin mengumumkan pampasan kewangan sebanyak 300,000 rupee (kira-kira RM16,600) setiap seorang waris si mati dan 50,000 rupee setiap seorang kepada mangsa yang cedera. - Bernama