Kanak-kanak 10 tahun hilang di Pantai Teluk Senangin

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan hilang di kawasan Pantai Teluk Senangin, Lumut pada Sabtu ketika beriadah bersama ahli keluarganya. - Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan hilang di kawasan Pantai Teluk Senangin, Lumut pada Sabtu ketika beriadah bersama ahli keluarganya. - Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan hilang di kawasan Pantai Teluk Senangin, Lumut pada Sabtu ketika beriadah bersama ahli keluarganya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 3.19 petang selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan polis apabila menyedari mangsa hilang kira-kira jam 1 tengah hari.

Beliau berkata, bomba melakukan operasi pencarian di sekitar kawasan pantai pada jam 3.30 petang.

"Keluarga buat laporan polis bahawa hilang (mangsa) di tepi pantai. Berdasarkan maklumat pengunjung, mereka tak nampak ada kanak-kanak tenggelam atau lemas, tetapi kita ambil kira juga sebarang kemungkinan sama ada dia (mangsa) berjalan ke tepi hutan dan sebagainya," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurut Sabarodzi, operasi pencarian dihentikan pada jam 6.30 petang tadi dan akan bersambung pada jam 8 pagi esok.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!