SPRM lancar tujuh bilik gerakan sempena PRN

SPRM bersedia untuk menerima sebarang tindakan undang-undang daripada Hwa Tat.
SPRM bersedia untuk menerima sebarang tindakan undang-undang daripada Hwa Tat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan tujuh bilik gerakan sempena pilihan raya negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.

Menerusi kenyataan pada Sabtu, suruhanjaya itu memaklumkan, langkah tersebut bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.

"Kesemua bilik gerakan beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 12 Ogos," katanya.

Bilik gerakan boleh dihubungi melalui 03-88911038 atau e-mel prn15@sprm.gov.my (Ibu Pejabat SPRM), 03-55248318 atau pru15@sprm.gov.my (Pejabat SPRM Selangor), 06-7625446 atau n9@sprm.gov.my pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Maklumat juga boleh disalurkan melalui talian 04-7001361 atau prnked@sprm.gov.my (Pejabat SPRM Kedah), 04-2271982 atau ppg@sprm.gov.my (Pejabat SPRM Pulau Pinang), 09-6301920 atau trg@sprm.gov.my (Pejabat SPRM Terengganu) dan 09-7661800 atau kel@sprm.gov.my (Pejabat SPRM Kelantan).

"SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," tegas SPRM.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!