DUN Kota Lama kecoh, pencalonan calon Bebas ditolak

SPR menolak permohonan Lay Tho (kanan) untuk menjadi calon DUN Kota Lama.
SPR menolak permohonan Lay Tho (kanan) untuk menjadi calon DUN Kota Lama.
A
A
A

KOTA BHARU - [KEMAS KINI] Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini berlaku kekecohan apabila nama salah seorang calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama ditolak.

Difahamkan, permohonan Tan Lay Tho, 63, yang ingin menjadi calon Bebas ditolak berikutan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia berikutan, pencadang, Ong Chi Lam, 63, yang merupakan suaminya dari DUN Bunut Payong dan bukannya dari DUN Kota Lama.

Pegawai Pengurus Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama, Izzuddin Ab Rashid mengumumkan nama calon DUN Kota Lama pada jam 11.45 pagi.

Beliau berkata, pihaknya menerima lima kertas penamaan daripada lima calon yang hadir di pusat penamaan calon itu

"Mereka mengemukakan kertas penamaan iaitu Izat Bukhary Ismail Bukhary dari calon Bebas, Dr Hafidzah Mustakim (Amanah), Datuk Zamri Ismail (Pas), Tan Boon Kian atau Andy Tan (Parti Rakyat Malaysia) dan Tan Lay Tho (Bebas).

"Saya telah menyemak kertas penamaan dan telah memutuskan ada yang ditolak kertas penamaannya (Lay Tho).

"Dengan ini saya mengumumkan hanya empat calon yang disahkan bertanding dalam PRN ini," katanya ketika mengumumkan nama calon di sini, pada Sabtu.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!