MDM tanggalkan 2,000 iklan haram

Operasi diadakan bagi membanteras kegiatan pemasangan iklan haram di sekitar daerah.
Operasi diadakan bagi membanteras kegiatan pemasangan iklan haram di sekitar daerah.
A
A
A

MARANG - Majlis Daerah Marang (MDM) menanggalkan kira-kira 2,000 iklan haram yang digantung atau dipasang di empat lokasi iaitu di Seberang Marang, Rhu Muda, Bukit Payong dan Wakaf Tapai di sini.

Yang Dipertua MDM, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim berkata, operasi dijalankan untuk membanteras kegiatan pemasangan iklan haram seperti gegantung yang tiada kelulusan di sekitar daerah itu.

“Sasaran utama operasi ini dilakukan adalah untuk menurunkan iklan tanpa kelulusan, pinjaman wang tidak berlesen dan tamat tempoh di tiang lampu dan kawasan simpang.

“Kami ingin mengingatkan orang ramai terutama peniaga agar tidak terjebak dengan sindiket pinjaman wang haram yang sentiasa menindas peminjamnya,” katanya kepada media, hari ini.

Menyentuh tentang operasi itu, beliau berkata, ia akan diadakan secara berterusan bersama pihak polis.

Kira-kira 2,000 iklan haram ditanggalkan dalam operasi diadakan di empat lokasi.
Kira-kira 2,000 iklan haram ditanggalkan dalam operasi diadakan di empat lokasi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya yang ingin mengiklankan produk atau penganjuran sebarang aktiviti supaya memohon permit sebelum menggantung sepanduk serta kain rentang.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab itu juga boleh mengganggu pandangan pengguna jalan raya dan boleh mengakibatkan kemalangan kerana sepanduk dan iklan ini ditampal secara tidak teratur.

Artikel Berkaitan:

"Pihak MDM memandang serius pemasangan iklan tanpa kebenaran ini kerana boleh mencacatkan pemandangan selain dikhuatiri akan menutup papan tanda arah jalan," katanya.