Kembara Boria - Satu Perjalanan, kongsi keunikan Boria

PST2023 tampil dengan siri keempatnya menerusi Kembara Boria-Satu Perjalanan.
PST2023 tampil dengan siri keempatnya menerusi Kembara Boria-Satu Perjalanan.
A
A
A

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), terus komited dalam menyemarak dan memartabatkan seni budaya negara dengan pelaksanaan Panggung Seni Tradisional 2023 (PST2023).

Bermula dengan Tarinspirasi Dendang Rakyat yang berlangsung pada 10-11 Mac, Tala Natyam - The Dance Journey (26-27 Mei) dan Silk Road (24-25 June), PST2023 tampil dengan siri keempatnya menerusi Kembara Boria – Satu Perjalanan.

Karya terbitan Persatuan Seni dan Budaya Era Baru (MANES) yang berlangsung pada 22-23 Julai lalu itu mengajak orang ramai untuk mengimbau sejarah perjalanan seni Boria di negeri Pulau Pinang.

Boria merupakan sebuah persembahan yang mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian diketuai oleh Tukang Karang bersama enam Selor.

Sementara alat-alat muzik Boria pula berubah mengikut peredaran masa, tetapi penggunaan Viola, Marwas, Gendang Panjang, Akordion dan Harmonika sangat digalakkan dalam persembahan ini.

Kembara Boria-Satu Perjalanan mengungkap permulaan asal usul Boria yang dibawa masuk ke Pulau Pinang dan kemudiannya terus mengalami evolusi sehingga menjadi Boria Moden dengan ciri-ciri yang lebih menyerlah dan menghiburkan.

Persembahan dua malam yang berlangsung di Matic, Kuala Lumpur itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan latar belakang dan umur.

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Dasar dan Perancangan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Amran Mohd Haris berkata, pihaknya sentiasa berusaha memperlihatkan keindahan kebudayaan dan kesenian tradisional masyarakat majmuk di Malaysia dalam setiap siri PST.

Kembara Boria-Satu Perjalanan mengungkap permulaan asal usul Boria yang dibawa masuk ke Pulau Pinang
Kembara Boria-Satu Perjalanan mengungkap permulaan asal usul Boria yang dibawa masuk ke Pulau Pinang

“Program ini bukan sekadar persembahan ‘sehala’ tetapi merupakan serampang dua mata kepada kumpulan atau persatuan seni budaya untuk mempelajari pelaksanaan sesebuah produksi bagi sesuatu persembahan.

”Program ini merupakan usaha bagi memastikan kelestarian seni persembahan tradisional dapat diteruskan. Ia juga sebagai langkah pemeliharaan dan pengekalan seni warisan negara yang berupaya menjadi serampang dua mata dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab persembahan tradisional dan salah satu produk pelancongan negara,”katanya.