Projek Payung Rahmah Grab tawar diskaun menarik

Duduk rumah pun boleh dapat potongan harga untuk pesanan makanan dan barangan runcit terpilih

No Image Caption
A
A
A

Bagi menyahut seruan kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat di bawah program Payung Rahmah, GoodFood turut melancarkan Projek Rahmah 2023.

Projek Rahmah 2023 merupakan satu usaha perkongsian Grab dengan kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menyediakan makanan dan barangan runcit mampu milik kepada rakyat.

Grab memahami kekangan kewangan dan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini dan Projek Rahmah 2023 ini memberi peluang kepada rakyat untuk membeli makanan atau barangan runcit tanpa perlu keluar dari rumah mereka.

Sebabnya, bila pengguna nak keluar ke pasaraya ataupun restoran berhampiran, mereka kena pandu kereta atau tunggang motosikal sendiri yang pasti akan memakan kos petrol. Belum lagi dikira perjalanan yang mungkin pengguna kena bayar tol dan bersesak di atas jalan raya.

Jadi untuk menjimatkan perbelanjaan rakyat, Grab menawarkan penghantaran Rahmah yang membabitkan pelbagai tawaran penjimatan untuk makanan dan juga barangan runcit.

No Image Caption

Macam contoh bagi Pakej Menu Rahmah, tawaran tiga hidangan terpilih dari RM18 sahaja. Ini bermakna tawaran diskaun ini boleh turunkan harga kepada RM18-RM24 bagi hidangan untuk tiga sehingga 4 orang sekeluarga termasuk anak. Lagi best tak ada had kekerapan atau bilangan pembeli yang ditetapkan. Pengguna boleh memesan banyak kali pun tak apa.

Berikut antara restoran dan kedai makan yang menawarkan Pakej Rahmah GrabFood 2023

- Bayu Sorey

- Restoran Nasi Kerabu Keramat

- Bungkus Kaw Kaw

- Sate Rono

- Restoran SK Maju SS2

- Dapur Riuh Che Ta

- Hotplate Sizzling Bajet Langat

- Pok Nik Nasi Kukus Ayam Kampung

- Pak Ku Char Kuey Teow

- Lagenda Malaya Cafe dan banyak lagi restoran yang anda boleh pesan di GrabFood.

No Image Caption

Antara menu makanan daripada Pak Ku Char Kuey Teow, Lagenda Malaya Cafe, Pok Nik Nasi Kukus Ayam Kampung dan Sate Rono yang anda boleh dapatkan tawaran 3 hidangan untuk seisi keluarga hanya serendah RM18.

No Image Caption

Manakala bagi Jualan Rahmah pula, pengguna boleh memberi barangan runcit dari Pasaraya Jaya Grocer sambil menikmati diskaun 30 peratus untuk barangan keperluan harian.

No Image Caption

Ia adalah hasil daripada keprihatinan Grab dalam bersama-sama meringankan beban kewangan dan mengimbangi peningkatan kos sara hidup rakyat.

No Image Caption

Sila klik di pautan untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Rahmah dan Jualan Rahmah