Kuil perlu pulangkan tanah, wang: Amirudin

Amirudin Shari. - Foto Bernama
Amirudin Shari. - Foto Bernama
A
A
A
SHAH ALAM - Pengurusan kuil Seri Maha Mariamman USJ 25 perlu pulangkan tapak tanah seluas 0.4 hektar dan wang pampasan RM1.5 juta yang diberi pemaju kepada pihak pengurusan kuil itu sebelum ini.

Langkah itu sebahagian penyelesaian dicadangkan Peguam Negara, Tommy Thomas yang turut dipersetujui Kerajaan Selangor.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menyambut baik kenyataan Thomas berhubung isu kuil terbabit.

"Kerajaan Selangor sambut baik kenyataan Peguam Negara berkenaan isu Kuil Seafield dan setuju dengan penyelesaian dicadangkan yang menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang.

"Sehubungan itu, Kerajaan Selangor berpandangan tapak tanah berkeluasan 0.4 hektar (satu ekar) dan wang pampasan berjumlah RM1.5 juta diberikan pemaju haruslah dipulangkan semula sebagai sebahagian daripada penyelesaian yang dicadangkan oleh Peguam Negara,"katanya.
Artikel Berkaitan:


Terdahulu, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata semua pihak yang terlibat dalam kekecohan melibatkan Kuil Sri Maha Mariamman di Selangor, boleh mencapai penyelesaian yang baik.

Beliau berkata para peguam berkenaan telah mengadakan pertemuan yang bermanafaat dan produktif di pejabatnya awal minggu ini dan mereka yakin satu persetujuan dapat dicapai bagi suatu penyelesaian yang adil dan saksama berkaitan masalah yang berlarutan akibat kepentingan yang pelbagai serta saling bersaing dalam kalangan pihak-pihak ini.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!