PRN: BN Terengganu tampil calon berkelayakan, ada pengalaman

Ahmad tengah) semasa melancarkan manifesto BN Terengganu di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di sini pada Selasa.
Ahmad tengah) semasa melancarkan manifesto BN Terengganu di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional Terengganu menampilkan lebih ramai calon muda dan berkelayakan yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di negeri itu.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pemilihan calon yang mempunyai latar belakang hebat dari segi pendidikan dan pengalaman antara kelebihan ditampilkan bagi menarik undi rakyat Terengganu.

"Calon muda pun ramai dan ada juga calon berkelayakan termasuk tiga orang yang mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD) serta seorang doktor (perubatan). Selain itu, kita kemukan calon dari tokoh-tokoh tertentu.

"Ini campuran antara golongan muda dan baharu dengan tua serta berpengalaman. Menjadi seorang panglima (pemimpin) ini bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal tetapi ada pengalaman, taktikal dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan manifesto BN Terengganu di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di sini pada Selasa.

Justeru, Ahmad berharap supaya golongan muda perlu berfikiran secara rasional dan bertanggungjawab untuk membuang undi pada PRN nanti.

Ujarnya, ini bagi memastikan kerajaan yang dibentuk selepas PRN nanti dapat mewujdukan peluang pekerjaaan lebih baik dan sebagainya kepada rakyat di Terengganu.

"Apatah lagi sekarang kerajaan pusat diperintah oleh Kerajaan Perpaduan. Apabila kerajaan negeri dengan pusat berasingan maka ia jadi macam ayam dan itik lah... ia tak sama.

"Akhirnya ia menimbulkan masalah kepada semua pihak terutama rakyat nak dapat bantuan untuk peruntukan," ulasnya.