‘Arwah tidak pernah ada kontroversi’ - Lam Thye

Lam Thye dan Allahyarham Salahuddin - Foto: Bernama
Lam Thye dan Allahyarham Salahuddin - Foto: Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye menyifatkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai individu yang tidak pernah mempunyai kontroversi dan berjiwa rakyat.

Beliau berkata, pemergian Allahyarham begitu mengejutkan kerana negara kini telah kehilangan insan yang sangat berharga.

“Saya mengenal beliau sebagai seorang yang sangat ramah, mesra dan baik budi bicara. Tidak pernah ada kontroversi dan sentiasa berjiwa rakyat. Inisiatif Rahmah yang diperkenalkan arwah memberi kebaikan kepada orang ramai di negara ini.

“Pemergian Salahuddin pada malam tadi mendatangkan kesedihan buat ramai warga Malaysia. Ini kerana Allahyarham merupakan seorang yang sangat disegani dan mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat melalui inisiatif dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada masa sama, Lam Thye berharap agar ahli keluarga Allahyarham diberikan kekuatan untuk menempuhi waktu sukar itu.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Salahuddin, 61, dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah pada jam 9.23 malam ketika masih dalam Unit Rawatan Rapi dan berita kematian beliau itu diumumkan oleh anaknya, Fatihah Salahuddin menerusi perkongsian di laman sosial, Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai