[VIDEO] Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengucapkan takziah kepada keluarga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada malam Ahad.

Muhammad Sanusi berkata, khidmat bakti Ahli Parlimen Pulai untuk menangani kenaikan harga barangan pastinya amat dirasai.

Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai seorang sosok yang hebat dan merupakan seorang yang budiman.

"(Kenal) daripada muda lah. Saya biasa naik bas daripada Greenwood ke Taman Melewar (bersama beliau). Sama-sama tidur di pejabat.

"Banyak kenangan dengan saudara Salahuddin. Biasa, dia datang ke Kedah pun kalau ke kawasan saya, dia tidur rumah saya.

"Saya hormat dia, dia orang budiman, tenang, kawan yang baik dan memahami. Dia biasa naik bas saja ke mana-mana. Boleh berjalan kaki dua kilometer masuk ke Taman Melewa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Ahad.

Muhammad Sanusi Md Nor
Muhammad Sanusi Md Nor

Salahuddin meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam Ahad setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak pada usia 61 tahun.

Sebelum itu, Muhammad Sanusi turut meluangkan masa menziarahi dan melihat persiapan lanjut bagi membawa pulang jenazah Allahyarham ke Johor.

"Saya ucap takziah kepada isteri dan anak-anak, keluarga beliau dan ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dengan (kehilangan) seorang yang sangat (budiman) bagi saya.

"Sebab (saya) kawan dia lama. Beliau pun pernah tidur di rumah saya beberapa kali. Dia seorang yang budiman. Saya kenal beliau sejak 1997," katanya.

Sanusi berharap keluarga Allahyarham reda dengan pemergian Ahli Parlimen Pulai itu.

"Kebetulan beliau sakit di Kedah dan tugasan yang mungkin banyak.

"Saya ucap terima kasih kepada usaha-usaha beliau untuk menangani isu-isu kenaikan harga barang di bawah kementerian beliau.

"Apa-apa yang beliau bekerja keras untuk itu kita hargailah semua," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai