'Tanpa bantuan Kerajaan Perpaduan, Kelantan tidak mampu' - Anwar

Anwar (tengah) bersama Ahmad Zahid (tiga,kiri) pada program Sentuhan Kasih Desa di Paloh 2, Gua Musang pada Ahad.
Anwar (tengah) bersama Ahmad Zahid (tiga,kiri) pada program Sentuhan Kasih Desa di Paloh 2, Gua Musang pada Ahad.
A
A
A

GUA MUSANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Kelantan tidak mampu membangunkan negeri tanpa bantuan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan tidak mahu bersikap sombong sebaliknya menyatakan kebenaran.

"Begitu juga Perlis, jika kita tidak bantu beri peruntukan, nak bayar gaji pun tak mampu," katanya semasa berucap pada program Sentuhan Kasih Desa di Paloh 2, di sini pada Ahad.

Hadir sama ialah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, pemimpin kerajaan Kelantan dinasihatkan supaya tidak bercakap berlebih-lebihan memandangkan banyak bantuan daripada kerajaan Pusat disalurkan ke negeri itu.

Anwar dalam pada itu memohon ustaz yang ada dalam Pas supaya menegur pemimpin mereka dan tidak asyik mahu menghukum orang sahaja.

"Bila kita di pihak kerajaan bagi projek, mereka kata kita tipu, bagi peruntukan lebih kita zalim, kita bagi pandangan dan bercakap, mereka kata masuk neraka," ujarnya.