JKM cari waris dua kanak-kanak

Anum Abdullah (kiri) dan Nadim Abdullah.
Anum Abdullah (kiri) dan Nadim Abdullah.
A
A
A

SUBANG JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang sedang mengesan ibu bapa kandung atau waris kepada dua kanak-kanak bagi tujuan penempatan mereka.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Subang Jaya, Sazali Sudin berkata, kes pertama iaitu kanak-kanak bernama Anum Abdullah, 13, ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa di rumahnya di Kampung Sri Langkas Tambahan Puchong.

Menurutnya, Anum ditempatkan di Rumah Tunas Harapan Sepenuh Hati 2, Seri Kembangan sejak 14 April 2017.

"Sepanjang kanak-kanak ini menetap di sini, tidak pernah ada seorang yang melawatnya," katanya.

Mengulas lanjut, bagi kes kedua, Nadim Abdullah, 3, diserahkan oleh orang awam kepada pihak JKM setelah ibu kandung ditahan polis di dalam satu serbuan di rumahnya di Kampung Kenangan, Puchong.

"Ibu kandung kanak-kanak ini merupakan seorang penagih dadah dan ditahan polis semenjak 7 Januari 2017.

"Kanak-kanak ini didapati kurang nutrisi, tidak mempunyai dokumen dan tidak diberi penjagaan serta pemeliharaan yang baik oleh ibu kandung atau penjagaan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, Nadim diperintahkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling untuk ditempatkan di Pusat Jagaan Baitul Amal Petaling Jaya sejak 16 Februari 2017 dalam tempoh tiga tahun.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Raja Norul Fazzilla Raja Halim di talian 03-56343095.