Empat kedai di Larkin Sentral terbakar

Keadaan kedai yang terbakar di Larkin Sentral.
Keadaan kedai yang terbakar di Larkin Sentral.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Empat kedai di Larkin Sentral, dekat sini terbakar pada pagi Ahad.

Kejadian jam 6.50 pagi itu tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

Larkin Sentral yang menempatkan terminal bas, pasar awam dan premis terbakar pada pagi Ahad.
Larkin Sentral yang menempatkan terminal bas, pasar awam dan premis terbakar pada pagi Ahad.

Komander Operasi Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB), Mohd Faiz Suleiman berkata, seramai 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dan Tebrau dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadan kebakaran.

"Kebakaran melibatkan empat kedai terdiri daripada dua premis kedai buku yang terbakar 90 peratus, kedai minyak wangi terbakar 70 peratus dan kedai kosmetik dan herba terbakar 10 peratus.

Anggota bomba memadam kebakaran di Larkin Sentral pada pagi Ahad.
Anggota bomba memadam kebakaran di Larkin Sentral pada pagi Ahad.

"Operasi pemadaman masih berjalan ketika ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Larkin Sentral menempatkan terminal bas dan pasar awam serta premis perniagaan terletak di tengah bandar raya Johor Bahru.