Bayi ditemui dalam kotak meninggal dunia

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

PORT DICKSON - Bayi perempuan yang ditemui di dalam kotak di hadapan pagar sebuah rumah di Lukut di sini kelmarin disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihak Hospital Port Dickson memaklumkan bayi berkenaan meninggal dunia jam 9.05 malam ketika sedang dirawat.

"Namun tidak dinyatakan punca kematian bayi berkenaan kerana ia dilahirkan pra matang.

"Polis menggerakkan operasi mengesan ibu bayi berkenaan termasuk membuat pemeriksaan di klinik-klinik jika ada yang mendapatkan rawatan berhubung kelahiran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang suri rumah berusia 44 tahun terkejut menemui bayi ditinggalkan di dalam kotak di hadapan pintu pagar rumahnya kira-kira jam 10.15 pagi.

Bayi berkenaan yang dibalut dengan kain pelekat dan masih bertali pusat kemudian dihantar ke Balai Polis Lukut.

Artikel Berkaitan: