PRN: Annuar ajak rakyat tolak UMNO, dakwa parti itu jadi jurucakap DAP

PRN: Annuar ajak rakyat tolak UMNO, dakwa parti itu jadi jurucakap DAP
PRN: Annuar ajak rakyat tolak UMNO, dakwa parti itu jadi jurucakap DAP
A
A
A

KOTA BHARU - Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa mengajak rakyat untuk menolak UMNO selepas parti itu dilihat menjadi 'jurucakap' kepada DAP.

Beliau berkata, rakyat harus sedar bahawa jika undian diberikan kepada UMNO seolah-olah mereka melabur saham kepada DAP.

"Oleh itu, pengundi perlu mengambil kira segala yang pernah dilakukan oleh kepimpinan UMNO di negeri ini dengan tidak memberi undian pada parti berkenaan ketika pilihan raya negeri (PRN).

"Masih terngiang-ngiang di telinga saya apabila ada dalam kalangan parti DAP dahulunya pernah mengatakan jika UMNO berbaik dengan Pas akan dianggap sebagai Taliban.

"Malah mereka (DAP) mendakwa gelombang hijau yang memerintah akan meruntuhkan segala kuil yang ada," katanya ketika berucap pada Program Munajat Rakyat Kelantan Ppakat Pertahan dan Amanat Pimpinan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Menurut Annuar, seluruh rakyat Kelantan termasuk perantau perlu keluar mengundi pada PRN nanti.

Ujarnya, hal ini bagi merealisasikan Pas memenangi di semua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.