Enam maut, 53 cedera bas rempuh lori kargo di Mexico

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BANDARAYA MEXICO - Sekurang-kurangnya enam orang maut, manakala 53 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah trak kargo di barat Mexico, Michoacan, lapor Xinhua.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan (0700 GMT) di lebuh raya La Piedad-Vista Hermosa, berhampiran bandar Yurecuaro, menurut Pejabat Peguam Negara pada Jumaat.

"Sebuah bas penumpang dalam perjalanan ke Oaxaca dari San Quintin, Baja California merempuh sebuah treler hingga terbakar," katanya.

Enam orang maut, termasuk kedua-dua pemandu, manakala mangsa yang cedera dibantu oleh paramedik dan dibawa ke hospital.

Mayat mangsa dibawa ke pusat forensik untuk tujuan pengecaman. - Bernama