Penunggang motosikal paling ramai dikesan tiada lesen

Pemeriksaan dijalankan melibatkan pelbagai kenderaan dalam operasi di Kilometer 14.0 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) pada Rabu.
Pemeriksaan dijalankan melibatkan pelbagai kenderaan dalam operasi di Kilometer 14.0 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada lesen memandu antara kesalahan tertinggi dikesan menerusi operasi rutin yang dijalankan di Kilometer 14.0 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, operasi dijalankan mendapati kesalahan tersebut dikesan dilakukan oleh penunggang motosikal.

"Sebanyak 44 saman tiada lesen memandu dikeluarkan yang mana melibatkan pemeriksaan sebanyak 101 buah motosikal sepanjang operasi dijalankan.

"Jumlah keseluruhan saman adalah sebanyak 115 saman melibatkan pelbagai kesalahan lain antaranya tiada cermin sisi, ubah suai ekzos, tiada no pendaftaran dan lain-lain kesalahan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, kesalahan tiada lesen memandu sekali gus boleh membahayakan penunggang dan pengguna jalan raya yang lain.

"Tiada lesen memandu adalah disebabkan seseorang itu tidak pemeriksaan dan ujian mengakibatkan mereka tidak mempunyai pengetahuan berkaitan keselamatan jalan raya.

"Secara tidak langsung, ia akan merisikokan kepada berlakunya kemalangan dan ini bukan sahaja merisikokan penunggang itu sendiri malah memberikan kesan kepada pengguna lain," katanya.

Dalam pada itu, operasi yang dijalankan seramai 16 anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam turut menjalankan pemeriksaan melibatkan 288 buah kenderaan.

"Operasi ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa untuk menguatkuasakan peraturan jalan raya.

"Sekali gus ia dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya berkaitan soal kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan," katanya.