Yonnyboii timang anak pertama

Yonnyboii memanggil anak sulungnya Kairo.
Yonnyboii memanggil anak sulungnya Kairo.
A
A
A

PENYANYI Yonnyboii dan isteri, Nik Nazira Narriman menimang cahaya mata pertama mereka pada Rabu.

Difahamkan bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Yonnyboii bersama isterinya Nik Nazira.
Yonnyboii bersama isterinya Nik Nazira.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, menerusi akaun Instagramnya hari ini.

"Selamat datang ke dunia ini budak lelaki," tulis Yonnyboii yang meletakkan nama panggilan Kairo buat putera sulungnya itu.

Sekadar info, Yonnyboii dan Nik Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.