Tiga maut insiden tembakan di Auckland

Pegawai polis mengepung kawasan berhampiran lokasi kejadian tembakan di tengah Auckland pada Khamis. - Foto AFP
Pegawai polis mengepung kawasan berhampiran lokasi kejadian tembakan di tengah Auckland pada Khamis. - Foto AFP
A
A
A

WELLINGTON - Tiga termasuk seorang lelaki bersenjata maut, manakala enam lagi cedera dalam insiden 'serius' membabitkan senjata api di Auckland, sebuah bandar di Pulau Utara New Zealand, kata Perdana Menteri, Chris Hipkins pada Khamis.

Beliau berkata, mereka yang cedera dibawa ke Hospital Auckland termasuk seorang anggota polis, lapor Agensi Berita Xinhua.

Penilaian pegawai mendapati tiada risiko keselamatan negara dan tiada perubahan kepada tahap ancaman keselamatan New Zealand, kata Hipkins kepada media.

Suspek itu bersenjatakan selaras senapang angin. Penyerang itu bergerak melalui sebuah tapak binaan dan melepaskan tembakan, kata Hipkins.

"Apabila sampai di tingkat atas bangunan, polis terserempak dengan lelaki itu yang berada dalam lif, tembakan dilepaskan dan suspek dikesan tidak lama kemudian," kata perdana menteri.

Lapan tembakan kedengaran, menurut saksi.

Jalan-jalan menghubungkan lokasi kejadian ditutup dan orang ramai diminta untuk kekal di dalam rumah.

Datuk Bandar Auckland, Wayne Brown berkata, semua kakitangan FIFA dan pasukan bola sepak antarabangsa selamat.

Hari Khamis menandakan permulaan Piala Dunia Wanita FIFA 2023 selama sebulan, yang dianjurkan bersama oleh New Zealand dan Australia. - Bernama/Xinhua