'Jangan percaya saya akan keluar Umno'

idris
idris
A
A
A
BESUT - “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar Umno.

Kenyataan Ahli Parlimen Besut itu dimaklumkan menerusi aplikasi WhatsApp setelah dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Idris diuar-uarkan akan mengikut jejak Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang berbuat demikian semalam dan kini menjadi wakil rakyat Bebas.

Bagaimanapun, Rosol berhasrat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan telah menghantar permohonan menyertai parti itu sehari sebelum keluar Umno.

Dengan keputusan Rosol menjadi wakil rakyat Bebas, kerusi Parlimen BN di Terengganu kini tinggal satu kerusi iaitu di Parlimen yang diwakili Idris.- Bernama
Artikel Berkaitan: