Tun M dilantik Penaung Pertubuhan Perdana Nasional

Abdul Hakim (kiri) menyerahkan watikah pelantikan kepada Dr Mahathir sebagai Penasihat dan Penaung PPN di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Isnin.
Abdul Hakim (kiri) menyerahkan watikah pelantikan kepada Dr Mahathir sebagai Penasihat dan Penaung PPN di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi telah bersetuju dilantik sebagai Penaung dan Penasihat Utama Pertubuhan Perdana Nasional (PPN).

PPN dalam satu kenyataan memaklumkan, bekas Perdana menteri itu bersetuju untuk menerima pelantikan itu pada 23 Februari lalu.

Menurut kenyataan itu, Presiden PPN, Abdul Hakim Hafizi diiringi Ahli-ahli Majlis Tertinggi PPN telah mengadakan kunjungan hormat khas ke atas Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam

“Abdul Hakim secara rasmi telah menyerahkan watikah pelantikan kepada Dr Mahathir sebagai Penaung dan Penasihat Utama mengikut Fasal 14 - Perlembagaan Pertubuhan Perdana Nasional berkuat kuasa hari ini (18 Julai).

“Kami ingin menjelaskan bahawa Dr Mahathir akan membantu dalam usaha meningkatkan imej dan peranan PPN sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu masyarakat,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Tegas kenyataan itu lagi, pelantikan Dr Mahathir tidak berunsurkan kepada agenda politik dan PPN juga tidak bernaung di bawah mana-mana parti politik