Pas nafi arah ahli turun sokong Muhammad Sanusi esok

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

SHAH ALAM - Pas nafi mengarahkan ahli parti untuk turun beramai-ramai ke Mahkamah Sesyen Selayang bagi memberi sokongan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang akan didakwa terhadap pertuduhan mempertikaikan pelantikan Menteri Besar Selangor.

Penafian itu dibuat menerusi grup WhatsApp, Penerangan dan Media Pas pada Isnin.

Terdahulu, satu tangkap layar tersebar di media sosial yang mendakwa Pas telah mengarahkan seramai 200,000 ahli parti tersebut, khususnya di Selangor dan Kedah untuk turun ke Mahkamah Sesyen Selayang.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Muhammad Sanusi dipercayai akan didakwa di Mahkamah Sesyen Satu dan Dua Selayang berhubung kenyataan mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.

Menerusi semakan laman mahkamah, Muhammad Sanusi Md Nor akan didakwa di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Itu sikap sebenar Sanusi' - Amirudin

Hina Sultan: AMK Selangor akan buat laporan polis terhadap Sanusi

"Sanusi perlu buat taubat Nasuha'' - Ahmad Zahid

'Kenyataan Menteri Besar Kedah melampau, kurang ajar'

Hina Sultan: AMK Selangor buat laporan polis

Hina Sultan: Pihak berkuasa perlu buka kertas siasatan terhadap Sanusi

Ahli Dewan Diraja Selangor gesa Sanusi mohon maaf secara terbuka

Isu 3R: Polis terima 31 laporan terhadap Sanusi

'Sanusi perlu sedia berdepan tindakan' - Saifuddin Nasution

Sanusi dakwa ucapan diputar belit, cubaan bunuh karakter

Sanusi utus surat kepada Sultan Selangor, mohon ampun