Pertandingan memancing MPPD esok

Urusetia pertandingan melakukan lawatan tapak ke lokasi memancing di Pantai Bagan Pinang, semalam.
Urusetia pertandingan melakukan lawatan tapak ke lokasi memancing di Pantai Bagan Pinang, semalam.
A
A
A
PORT DICKSON - Hadiah bernilai lebih RM50,000 bakal menjadi rebutan peserta dalam Pertandingan Memancing Port Dickson Surfcasting Challenge 2018 di Pantai Bagan Pinang, esok.

Pertandingan anjuran bersama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Wakjali Event Management itu menawarkan hadiah wang tunai RM40,200; satu unit TV LED 60 inci; empat unit TV LED 32 inci; barangan Igloo dan hamper.

Juara akan terima wang tunai RM20,000, kedua RM6,000 dan ketiga RM3,000. Pemenang keempat terima RM1,000, kelima (RM700), keenam hingga 10 (RM300) dan ke-11 hingga 50 terima RM200.

Pertandingan bermula pada jam 10.30 pagi hingga 2.30 petang berdasarkan kepada carta air pasang surut. Kaunter pendaftaran dibuka di lokasi pertandingan pada jam 4 petang hari ini (Sabtu) hingga hari pertandingan.

Pertandingan turut mendapat sokongan Tourism Malaysia dan Koperasi Pegawai-Pegawai Kementerian Pelancongan Malaysia (Koppema).

Pantai Bagan Pinang sepanjang 1.2 kilometer mampu memuatkan sehingga 1,200 peserta dan pantai yang kaya dengan ikan semilang, daun baru, pari, gelama, ketuka dan belukang ini dikelilingi kawasan perkelahan yang sesuai untuk seisi keluarga serta hotel dan penginapan inap desa.

Yuran penyertaan RM60 untuk satu joran dan peserta dibenarkan mendaftar lebih daripada dua joran. Penyertaan berkeluarga juga digalakkan.

Acara itu akan dirasmikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun manakala Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof dan Pengarah Kanan Tourism Malaysia (Domestik & Acara) merangkap Ketua Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2020, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar turut dijangka hadir.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi penganjur di talian 012-2141401 dan 019-6203040.
Artikel Berkaitan: