Cakra Khan bakal bersaing di America's Got Talent

PENYANYI popular Indonesia, Cakra Khan bakal menyertai uji bakat America’s Got Talent (AGT) musim ke-18.
Menurut pelantun lagu Kekasih Bayangan itu, rakaman bagi proses uji bakat yang dijalani sebelum ini akan disiarkan menerusi saluran NBC pada hari Selasa depan (18 Julai).
"Sila tonton sesi uji bakat saya. Terima kasih juga atas segala doa dan sokongan serta kasih sayang yang anda berikan kepada saya.
"Jadi saya akan membawa anda mengikuti perjalanan saya di uji bakat America's Got Talent," ujarnya.
Cakra, 31, berkongsi perkara itu dalam satu hantaran menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut ramai peminat dan rakan-rakan selebriti yang memberi kata semangat dan mendoakan kejayaan Cakra.
Sebelum ini tular video uji bakat penyanyi yang kelainan upaya dari negara itu Putri Ariani yang mendapat Golden Buzzer daripada salah seorang juri America's Got Talent iaitu Simon Cowell.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Kervis bawa dunia filem pulang ke Kluang
23 Oktober 2026 08:30am'ALLAH jadikan muka saya seni' - Space Dollah selesa terima keunikan diri
23 Oktober 2026 07:50amFINAS tidak campur tangan pemilihan juri FFM - Hans Isaac
22 Oktober 2026 05:02pmFadlan Hazim jalani latihan komando demi watak watak Sarjan Apot dalam Takluk 2: Op Daulat
22 Oktober 2026 03:54pmPrabowo beri peringatan kepada negara hina Indonesia isu jerebu
23 Oktober 2026 11:05amUstaz Wadi Annuar terlibat kemalangan
23 Oktober 2026 08:25am'ALLAH jadikan muka saya seni' - Space Dollah selesa terima keunikan diri
23 Oktober 2026 07:50amWanita menangis tiga jam gara-gara permintaan tukar tempat duduk tidak dipenuhi
23 Oktober 2026 07:15am- Iklan -- Iklan -
