Adik Miza kembali curi perhatian

Video adik Miza yang dicantumkan bersama video arwah Siti Sarah mencuri perhatian.
Video adik Miza yang dicantumkan bersama video arwah Siti Sarah mencuri perhatian.
A
A
A

SEJAK beberapa minggu lalu, seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali dengan nama Miza tular di media sosial kerana memiliki wajah yang tidak tumpah dengan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Perkara itu turut diakui oleh bapa Siti Sarah, Raissuddin yang sanggup untuk memandu selama tujuh jam semata-mata untuk bertemu dengan kanak-kanak berkenaan.

Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik menerusi Instagram perniagaan tudung yang diusahakan arwah Siti Sarah sebelum ini, adik Miza dilihat memperagakan tudung keluaran arwah Sarah iaitu Loveta.

Namun apa yang menarik perhatian adalah wajah adik Miza dan arwah Siti Sarah yang sama-sama tersenyum digabungkan pada penghujung video itu.

Menjengah di ruangan komen, rakan selebriti dan warga maya mengakui raut wajah adik Miza begitu mirip sekali dengan arwah Sarah.

Atyra_Amin: "Baru faham kenapa Allah kurniakan 7 orang muka seiras..."

Tidak ketinggalan suami kepada arwah Siti Sarah, Shuib turut dilihat meninggalkan komen: "Alaaaaaaaaaaa rinduuunyaaaa diaaaa".