Fadlan Hazim sah milik wanita Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova

Fadlan Hazim selamat bergelar suami kepada Aiya dengan sekali lafaz pada pagi Ahad.
Fadlan Hazim selamat bergelar suami kepada Aiya dengan sekali lafaz pada pagi Ahad.
A
A
A

PELAKON Fadlan Hazim selamat bergelar suami kepada wanita yang berasal dari Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova dengan sekali lafaz, kira-kira jam 10.27 pagi pada Ahad.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Fairudz Saderi di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Dalam majlis yang dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat itu, Fadlan atau nama penuhnya Fadlan Hazim Anuwar, 31, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berserta lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan.

Bagaimanapun, pasangan itu memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Terdahulu, Fadlan dan Aya mengikat tali pertunangan pada 1 Oktober tahun lalu.