Setia4Malaysia Unity Run sasar 3,000 penyertaan

SP Setia mengadakan Setia4Malaysia Unity Run 2023 pada 20 Ogos depan di Setia Alam Impian.
SP Setia mengadakan Setia4Malaysia Unity Run 2023 pada 20 Ogos depan di Setia Alam Impian.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemaju hartanah, SP Setia Berhad (SP Setia) bakal menganjurkan acara Setia4Malaysia Unity Run 2023 pada 20 Ogos depan di Setia Alam Impian.

SP setia dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, larian berkenaan untuk menghimpunkan individu daripada segenap lapisan masyarakat bagi meraikan perpaduan dan memupuk semangat kebersamaan menjelang sambutan hari kemerdekaan negara.

“Larian perpaduan Setia4Malaysia bukan sekadar perlumbaan tetapi ia merupakan platform untuk rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan.

“Sebaliknya ia dapat membantu menghayati nilai-nilai yang menjadikan kita sebuah negara pelbagai dan bertenaga,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, SP Setia memberitahu, pihaknya menyasarkan 3,000 peserta akan memeriahkan acara berkenaan.

Tambah SP Setia, selain daripada larian, terdapat aktiviti kanak-kanak, hiburan keluarga, lori makanan dan lain-lain.

Menariknya mengenai acara ini, SP Setia turut menawarkan harga istimewa bagi 200 pendaftaran pertama iaitu RM44.50 untuk setiap tiket ‘Fun Run’ sejauh 5 kilometer (km).

“Peserta separuh maraton (21.1km) akan menikmati tiket berharga RM84.50 manakala 500 pendaftar awal seterusnya boleh membeli tiket pada harga RM70 dan RM110. Tiket biasa berharga RM104.50 dan RM130,” ujarnya.

Tiket Setia4Malaysia Unity Run 2023 boleh dibeli secara dalam talian di https://www.jomrun.com/event/Setia4Malaysia-Unity-Run-2023 atau aplikasi JomRun yang boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store sehingga 18 Ogos 2023.