Jualan murah barangan asas PKPS di sembilan lokasi hari ini

JER dikenali sebagai Jelajah Ehsan Rakyat sebelum ini dilanjut hingga hujung tahun ini berikutan sambutan menggalakkan orang ramai. - Gambar hiasan (Gambar kanan: Poster jualan murah yang dikongsi di laman Facebook PKPS.)
JER dikenali sebagai Jelajah Ehsan Rakyat sebelum ini dilanjut hingga hujung tahun ini berikutan sambutan menggalakkan orang ramai. - Gambar hiasan (Gambar kanan: Poster jualan murah yang dikongsi di laman Facebook PKPS.)
A
A
A

SHAH ALAM - Program jualan murah barangan asas anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di sembilan lokasi pada Sabtu bermula jam 10 pagi ini.

Kawasan terlibat adalah di tapak pasar malam Padang Jawa dan Jalan Platinum F/7 berhampiran Al-Rawsha di Parlimen Shah Alam selain di Jalan Permai H (Parlimen Pandan) dan Dewan Serbaguna Seksyen 7 (Parlimen Sungai Buloh).

Jualan Ehsan Rahmah (JER) ini turut diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Bandar Bukit Puchong (Parlimen Puchong) dan Dewan Terbuka Kampung Ujong Permatang (Parlimen Tanjong Karang).

Selain itu, ia turut dianjur di Dewan Bola Keranjang (Parlimen Selayang), Dataran Balai MPKK Bukit Bangkong (Parlimen Sepang), dan Surau Raudhah Al-Muttaqin (Parlimen Kapar).

Produk dijual meliputi ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Program tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Jelajah Ehsan Rakyat dilanjut hingga hujung tahun ini berikutan sambutan menggalakkan orang ramai.

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.