Fahmi ucap takziah kepada keluarga Mat London

Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.
Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.
A
A
A

MENTERI Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru, hari ini.

Fahmi menerusi catatan di Facebook, mendoakan semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian itu.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,”menurut catatan itu.

Berita pemergian Mat London yang juga seorang pelakon dan pengarah itu, dikongsikan anaknya Salmany Akir Ahmad, 42, yang mengesahkan Allahyarham menghembus nafas terakhir kira-kira 5.57 pagi tadi, pada usia 74 tahun selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur sejak 16 Jun lepas.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Al-Mardhiyah Taman Melawati pagi ini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Taman Melawati, selepas solat Jumaat.- Bernama.