Polis rampas pil yaba, air ketum dalam premis proses ayam

Polis menahan empat lelaki dan merampas 1,000 biji pil yaba serta 2.7 liter air ketum dalam serbuan di sebuah premis memproses ayam di Felda Chiku 1, Gua Musang pada Selasa.
Polis menahan empat lelaki dan merampas 1,000 biji pil yaba serta 2.7 liter air ketum dalam serbuan di sebuah premis memproses ayam di Felda Chiku 1, Gua Musang pada Selasa.
A
A
A

GUA MUSANG - Polis menahan empat lelaki dan merampas 1,000 biji pil yaba dalam serbuan di sebuah premis memproses ayam di Felda Chiku 1, di sini pada Selasa.

Serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang pada jam 10.30 malam itu turut merampas 2.7 liter air ketum.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Sik Choon Foo berkata, hasil ujian air kencing mendapati kesemua lelaki yang berusia lingkungan 20 hingga 30 an itu didapati positif dadah methamphetamine.

"Kesemua mereka juga mempunyai rekod lampau berkait kesalahan dadah.

"Kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 18 Julai.

Ujarnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah.

Choon Foo memberitahu, sebarang maklumat berkaitan aktiviti tersebut boleh disalurkan ke balai polis berdekatan atau menghubungi talian 09-912 1222.