McDonald’s cipta rekod, tukar Menara KL jadi 'kentang goreng'

Melati (kiri) menerima replika sijil ‘The Tallest French Fry in Malaysia’ daripada wakil Malaysian Book of Records. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Melati (kiri) menerima replika sijil ‘The Tallest French Fry in Malaysia’ daripada wakil Malaysian Book of Records. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

MCDONALD'S Malaysia mencipta sejarah baharu apabila diiktiraf Malaysian Book of Records menerusi acara 'The Tallest French Fry in Malaysia' sempena Hari Kentang Goreng Sedunia.

Acara itu menyaksikan visual kentang goreng setinggi Menara Kuala Lumpur iaitu 421 meter dipaparkan di tiang menara bermula jam 8 malam hingga 11.59 malam pada Khamis.

Naib Pengerusi McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, pengiktirafan tersebut mengukuhkan lagi komitmen syarikat untuk mendekati rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

Menurutnya, McDonald's Malaysia memilih Menara Kuala Lumpur kerana kedua-duanya merupakan lambang yang menyatukan rakyat negara ini.

"Pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records secara langsung mengukuhkan lagi komitmen kami dalam mencari cara baharu dan kreatif untuk mendekati rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

"Ia juga menonjolkan dedikasi McDonald’s, bukan sahaja dalam menyediakan makanan yang lazat, tetapi juga kenangan terindah kepada pelanggan kami," katanya kepada pemberita sempena acara itu.

Acara turut diserikan dengan kehadiran ikon muzik Malaysia, Datuk Sheila Majid, yang cukup dikenali sebagai ‘Ratu Jazz’.

(Dari kiri) Sheila bersama Melati semasa Majlis Sambutan Hari Kentang Goreng Antarabangsa oleh McDonald's Malaysia. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
(Dari kiri) Sheila bersama Melati semasa Majlis Sambutan Hari Kentang Goreng Antarabangsa oleh McDonald's Malaysia. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Melati yang juga Ketua Pegawai Pemasaran rangkaian jenama restoran makanan segera terkenal dunia itu menambah, acara itu memberi peluang untuk meraikan kasih sayang dan penghormatan serta tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia.

Tambahnya, syarikat tidak mampu mencapai kejayaan tanpa sokongan berterusan daripada pelanggan setia.

"Sambutan ini memberi kami peluang untuk meraikan kasih sayang yang berkekalan rakyat Malaysia terhadap McDonald’s French Fries, dan kebanggaan mereka terhadap Menara KL," katanya.