Remaja cekik adik disambung reman

Remaja disyaki cekik adik hingga mati disambung reman tujuh hari.
Remaja disyaki cekik adik hingga mati disambung reman tujuh hari.
A
A
A

MELAKA - Seorang remaja lelaki yang ditahan disyaki mencekik adiknya hingga maut pada 5 Julai lalu di rumahnya di Kampung Bukit Piatu di sini, disambung reman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 14 tahun disambung reman hingga Rabu depan selepas tempoh remannya tamat hari ini.

Menurutnya, perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman dan kes disiasat siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Proses sambung reman terbabit dilakukan susulan perintah remannya selama tujuh hari bermula Khamis lalu berakhir hari ini.

"Tempoh reman disambung sehingga 19 Julai ini untuk siasatan lanjut sementara mendapat keputusan daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai dicekik oleh abang sulungnya dalam kejadian jam 12 tengah hari di Kampung Bukit Piatu.

Jiran mangsa yang juga saksi kejadian, Qhurun Ain Johani, 31, berkata, dia mengetahui insiden itu apabila dihubungi ibu mangsa yang memaklumkan anak sulung dari empat beradik itu sedang mencekik adiknya.

Suspek kemudian direman selama tujuh hari bermula Khamis hingga 12 Julai.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kanak-kanak 9 tahun maut dicekik abang

Remaja cekik adik hingga maut direman pagi ini

Adik maut dicekik: Abang mangsa buli di asrama

Remaja cekik adik hingga maut tiada masalah disiplin - Polis

Remaja cekik adik: Pengetua dipanggil beri keterangan