TMJ lawat Ibu Pejabat Angkatan Bersenjata Singapura

Tunku Ismail (kiri) menerima cenderamata daripada Zaqy semasa melawat SAF di Kem Pasir Ris, Singapura, pada Rabu
Tunku Ismail (kiri) menerima cenderamata daripada Zaqy semasa melawat SAF di Kem Pasir Ris, Singapura, pada Rabu
A
A
A

JOHOR BAHRU - [KEMAS KINI] Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa melawat Markas Komando Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Kem Pasir Ris, Singapura, pada Rabu.

Lawatan Tunku Ismail yang juga Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) itu diiringi Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Singapura, Zaqy Mohamad dan dipersembahkan demonstrasi Close Quarters Battle (CQB).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Media dan Komunikasi Istana Bukit Pelangi, Tunku Ismail turut dijemput untuk mempamerkan kemahiran aksi menembak dalam satu rutin latihan menembak tentera.

Tunku Ismail dalam lawatan rasmi ke Singapura selama tiga hari dan berakhir pada Rabu.
Tunku Ismail dalam lawatan rasmi ke Singapura selama tiga hari dan berakhir pada Rabu.

"Sesi lawatan tersebut diteruskan dengan demonstrasi Airborne dan mengelilingi kem bersama kenderaan Combat Jeep pasukan SAF," menurut kenyataan berkenaan.

Tunku Mahkota Johor itu dalam lawatan rasmi ke Singapura selama tiga hari dan berakhir pada Rabu atas undangan Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.