Wanita maut lori dinaiki langgar treler

Lori yang dinaiki tiga mangsa remuk di bahagian hadapan selepas melanggar belakang treler rosak yang berhenti di lorong kecemasan di Tanjung Malim, hari ini.
Lori yang dinaiki tiga mangsa remuk di bahagian hadapan selepas melanggar belakang treler rosak yang berhenti di lorong kecemasan di Tanjung Malim, hari ini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Seorang wanita maut manakala adik ipar dan anak perempuannya berusia tujuh tahun terselamat selepas lori dinaiki mereka melanggar belakang treler rosak di KM392 Lebuh Raya Utara - Selatan arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, M Wanitha, 33, disahkan maut di tempat kejadian dengan kakinya terputus akibat terhumban ke belakang kenderaan yang dinaikinya.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal dijalankan mendapati treler jenis Volvo yang dipandu lelaki berusia 42 tahun berhenti di lorong kecemasan sejak semalam selepas mengalami kerosakan.

"Pemandu terbabit berhenti di lokasi kejadian pada jam 6.40 petang semalam dan telah meletakkan 10 kon di belakang kenderaannya sebagai langkah keselamatan sementara menunggu ia dibaiki.

"Bagaimanapun, lori jenis Isuzu yang dinaiki tiga mangsa datang dari arah sama disyaki telah terlanggar bucu kanan belakang treler tersebut hingga menyebabkan bahagian hadapan kenderaan mangsa remuk," katanya.

Menurutnya, impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa terhumban dan kakinya terputus.

"Adik iparnya berusia 31 tahun dan kanak-kanak terbabit cedera ringan telah dirujuk ke Hospital Slim River bagi mendapatkan rawatan.

“Mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat. Kenderaan terlibat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk pemeriksaan Puspakom dan spesimen darah mangsa diambil untuk ujian toksikologi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Nahas membabitkan lori dan treler telah mengorbankan seorang wanita di Tanjung Malim, hari ini.
Nahas membabitkan lori dan treler telah mengorbankan seorang wanita di Tanjung Malim, hari ini.