Pemimpin utama Kerajaan Perpaduan tiba di WTC

Mohamad, Nancy dan King Sing dilihat memasuki pekarangan lobi Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) seawal jam 7.50 petang bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia, pada Selasa.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin parti gabungan Pakatan Harapan(PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat memasuki pekarangan lobi Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) seawal jam 7.50 petang bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia, pada Selasa.

Antaranya adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Seri Nancy Shukri; Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, Datuk Seri Tiong King Sing dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Difahamkan mesyuarat berkenaan akan bermula pada jam 8 malam ini.

Mesyuarat kali ini menjadi tumpuan dengan beberapa keputusan besar dijangka diputuskan terutamanya melibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Petugas media difahamkan telah berada di pekarangan lobi Menara Dato Onn sejak jam 7.30 petang bagi membuat liputan mengenai mesyuarat berkenaan.