Geng Tony curi kabel di Rapid Pengerang tumpas

Rampas yang dilakukan Pasukan Khas Siasatan Kecurian Kabel dalam serbuan di Kampung Sungai Buntu, Sungai Rengit semalam.
Rampas yang dilakukan Pasukan Khas Siasatan Kecurian Kabel dalam serbuan di Kampung Sungai Buntu, Sungai Rengit semalam.
A
A
A

KOTA TINGGI - Polis Kota Tinggi berjaya menumpaskan geng Tony kabel dengan tertangkapnya tiga ahli geng sekali gus dapat menyelesaikan 23 kes kehilangan kabel di kawasan Pengerang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, Pasukan Khas Siasatan Kecurian Kabel tujuh anggota diketuai Inspektor P Devendiran berjaya menangkap kesemua suspek kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Menurutnya, suspek membabitkan dua lelaki warganegara Indonesia berusia 29 dan 24 tahun selain seorang perempuan warganegara sama berumur 42 tahun yang ditahan di Kampung Sungai Buntu, Sungai Rengit.

"Berdasarkan risikan dilakukan sejak tiga bulan lepas, kumpulan ini dipercayai menjalankan aktiviti sejak tahun 2018. Modus operandi dilakukan mereka mencuri kabel di kawasan Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), Pengerang.

Sebahagian kabel yang dirampas dipercayai di kawasan Rapid Pengerang.
Sebahagian kabel yang dirampas dipercayai di kawasan Rapid Pengerang.

"Dalam serbuan tersebut, polis berjaya merampas red insulated cable, black insulated cable, communication cable, potongan-potongan kabel, sebuah penimbang, satu unit pemotong besi, tiga buah pisau boleh laras dan sebilah gunting besi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahsmon berkata, rampasan dianggarkan bernilai RM230,000 dan pihaknya percaya 23 kes kehilangan kabel di kawasan Pengerang selesai selepas penangkapan suspek..

"Kesemua suspek direman bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: