Terima kunjungan tetamu tidak diundang

 Tetamu tidak diundang tersebut kelihatan cuba menekan loceng pintu. - Foto UPI.com
Tetamu tidak diundang tersebut kelihatan cuba menekan loceng pintu. - Foto UPI.com
A
A
A

SOUTH CAROLINA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita yang baru berpindah ke South Carolina terkejut dengan kehadiran 'tetamu' tidak diundang ke rumahnya.

Karen Alfano, yang berpindah dari New Jersey ke Mrytle Beach berkata, dia terkejut apabila melihat seekor buaya berada di depan pintu rumahnya pada Jumaat lalu.

Alfano yang merakam insiden tersebut berkata, buaya itu kelihatan berdiri dan seperti mahu menekan loceng pintunya.

Menganggap ia sebagai insiden yang tidak akan dilupakan, Alfano kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk menangkap reptilia berkenaan. - Agensi

Artikel Berkaitan: