JDT perkukuh cengkaman

Pemain JDT Arif Aiman Mohd Hanapi (kanan) diasak pemain pertahanan Negeri Sembilan Fc Zainal Abidin Jamil (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. 

Keputusan semasa JDT 2-0 Negeri Sembilan FC. - Foto Bernama

A
A
A

SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT), terus mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Super apabila menewaskan Negeri Sembilan FC, 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sebentar tadi.

Bermula garang sebaik wisel permulaan, skuad Harimau Selatan itu bagaimanapun perlu menunggu hingga minit ke-21 bagi meledak jaringan menerusi Feroz Baharudin.

Tersentak dengan jaringan berkenaan, kesebelasan pelawat dilihat mula mengatur asakan ke gawang lawan dalam usaha menyamakan kedudukan.

Asakan-asakan berkenaan bagaimanapun gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan tuan rumah.

JDT kemudiannya menjaringkan gol kedua hasil sepakan percuma Leandro Velazquez pada minit ke-44 untuk selesa memimpin perlawanan menuju bilik persalinan.

Bersambung babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan semakin menggandakan asakan bagi menambah jaringan.

Pelawat dilihat memiliki peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-82, namun rembatan pemain gantian Barathkumar Ramaloo tinggi melepasi palang gol.

Kesebelasan JDT pada perlawanan berkenaan. Foto FB Johor Southern Tigers
Kesebelasan JDT pada perlawanan berkenaan. Foto FB Johor Southern Tigers

Di penghujung perlawanan menyaksikan tiada tambahan jaringan berjaya dilakukan kedua-dua pasukan dan menyaksikan keputusan 2-0 berpihak kepada JDT, kekal hingga ke wisel penamat.