Sabah pertaruh dua import baharu berdepan Kuching City

Kim Swee
Kim Swee
A
A
A

DUA pemain import baharu Sabah FC, Miguel Angel Garrido Cifuentes dan Ramon Machado de Macedo dijangka diturunkan menentang Kuching City FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas pada Sabtu.

Bagaimanapun pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, status pemain dari Sepanyol dan Brazil itu masih tertakluk kepada kelulusan ITC.

Menurutnya, dia percaya kehadiran dua tonggak itu dapat membantu Sabah FC mencapai kemenangan ketika beraksi di laman sendiri.

“Pada masa sama kita perlu berikan sedikit masa kepada Cifu dan Ramon untuk mendapatkan persefahaman secukupnya sebelum terus beraksi bersama Sabah FC.

“Pemain-pemain lain sudah bermain bersama-sama pasukan sebelum Liga Malaysia 2023 bermula dan sudah pasti dengan kemasukan Cifu dan Ramon mengambil sedikit masa untuk memahami corak taktikal Sabah.

“Bagus untuk kita memikirkan tentang satu perlawanan ke satu perlawanan...Saya tidak ingin mengatakan apa yang perlu kita lakukan pada dua perlawanan jika perlawanan pertama kita gagal untuk mendapatkan objektifnya,” katanya pada Jumaat.

Tambah Kim Swee lagi, fokus utama The Rhinos adalah untuk mendapatkan keputusan yang positif terutama menentang Kuching City dalam Derbi Borneo itu.

“Kita yakin Sabah FC kini berada di landasan betul untuk mengharungi baki persaingan liga sekali gus mencapai keputusan positif pada setiap perlawanan,” katanya.