Bekas wartawan, pemenang Anugerah Kajai derita radang paru-paru

Wanti kini terlantar selepas disahkan menghidapi penyakit radang paru-paru sejak lebih sebulan yang lalu.
Wanti kini terlantar selepas disahkan menghidapi penyakit radang paru-paru sejak lebih sebulan yang lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas wartawan yang juga pemenang Anugerah Kajai tahun 2014, Wan Noor Hayati Wan Alias atau lebih dikenali sebagai Wanti kini dilaporkan dalam keadaan uzur akibat penyakit radang paru-paru.

Rakannya, Fatihah Zakinan, 35, berkata, Wanti tidak mempunyai penjaga setakat ini dan terpaksa menguruskan kehidupan bersendirian di rumah sewa di Taman Kajang Utama, Kajang.

“Keadaan Wanti agak lemah dan perlu dipantau setiap hari.

“Saya dan rakan yang lain menguruskannya diri Wanti sejak dia jatuh sakit,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambahnya, Wanti juga memerlukan sedikit sumbangan bagi membolehkan beliau menyambung rawatan di hospital.

“Saya memohon rakan-rakan yang mengenali Wanti agar dapat mengadakan solat hajat supaya beliau kembali sembuh,” ujarnya

Difahamkan sebelum ini Wanti dirawat di Hospital Putrajaya kerana kekurangan oksigen dan disahkan dijangkiti Covid-19.

Sejak itu, tahap kesihatannya mula merosot dan sering menerima rawatan di Hospital Serdang dan Hospital Kajang dipercayai kesan sindrom Covid berpanjangan.

Selain pernah berkhidmat dengan Utusan Malaysia, Wanti merupakan bekas wartawan Berita Harian dan Media Variasi serta bekas pemenang Anugerah Kajai iaitu anugerah tertinggi dalam kewartawanan Malaysia yang diberikan oleh Malaysian Press Institute (MPI).

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun RHB Bank Wan Noor Hayati, 16260700052758, atau hubungi Yuyu@Fathihah di talian 017-287 8972.