'Baru kes freemason habis...' - Nad Zainal berang

Nad Zainal
Nad Zainal
A
A
A

PELAKON Nad Zainal meluahkan rasa kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pengguna media sosial yang menggunakan nama selebriti dan kisah palsu untuk menarik pelayar lain.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin yang turut menjadi mangsa apabila berita palsu kisah rumah tangga dengan pelakon Ungku Ismail dijadikan bahan untuk 'clickbait' sebuah hantaran di Facebook.

"Kalau ya pun nak jual barang, tak perlulah tulis macam ini. Dah netizen percaya atau ada Nad Zainal lain?

"Sebab Nad Zainal yang ini, yang tulen, jaranglah nak buka mulut canang kisah rumah tangga.

"Baru kes freemason habis, nampaknya... masih sama sahaja.

Nad dan Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu.
Nad dan Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu.

"Penat sis (merujuk dirinya) tekan link, bagi link, rupanya suruh shopping... Semoga bertaubat," tulisnya menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Dalam tangkap layar yang dikongsi, pautan laman tersebut menyatakan Nad mula tidak selesa dengan kehidupan rumah tangga bersama Ungku Ismail berserta dengan pautan link yang membawa pembaca kepada sebuah laman e-dagang.

Untuk rekod, Nad dan Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu.