Kes kekecohan di KLIA, 22 saksi diambil keterangan

Hussein
Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 22 orang saksi dirakam keterangan berkaitan satu insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, daripada 22 saksi tersebut, empat orang adalah pengadu, manakala yang lain adalah 12 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pegawai Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebanyak empat orang serta dua pekerja syarikat agensi pelancongan.

"Setakat ini, sebanyak empat laporan polis yang telah diterima pihak polis Selangor.

"Kesemua aduan tersebut dibuat oleh orang awam membabitkan kejadian ini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambahnya lagi, Kertas Enkuiri Polis (KEP) berhubung kejadian tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Selasa bagi mendapatkan pandangan perundangan dan keputusan.

Jelas beliau, berdasarkan KEP, polis mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana pihak untuk diambil keterangan.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan berita tular di media sosial mengenai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing yang didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan pihak JIM.

Bagaimanapun King Sing menafikan dakwaan bahawa beliau cuba melepaskan pelawat tersebut.

Menerusi kenyataan media, beliau mempersoal siapa sebenarnya menyalah guna kuasa dalam kejadian itu, sama ada beliau atau pun pegawai JIM yang bertugas.

Selain itu, beliau turut mendakwa kehadirannya ke KLIA bertujuan membongkar budaya rasuah dalam kalangan pegawai di pintu masuk negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Pemuda UMNO gesa PM pecat menteri buat kecoh di KLIA

Siasat dalang sebar video, berita tidak benar - King Sing

MyBHA, MATA sokong tindakan King Sing dengar keluhan pelancong

Budaya rasuah di KLIA: SPRM siasat dakwaan King Sing

Ahli perniagaan lapor polis kes kekecohan libat menteri di KLIA

Lawatan mengejut di KLIA, PM jamin siasatan rapi dilakukan

Belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA - Anthony

Kerajaan, pihak berkuasa digesa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA - Cuepacs

'Saya sedang menunggu laporan penuh' - Saifuddin Nasution